Sunday 9 February 2014

KEMPEN BELI SAMBIL BERSEDEKAH JARIAH


Rakyat muslim Malaysia terkenal dengan sifat dermawannya terutama dalam amalan sedekah jariah. Ini selari dengan hadis Rasulullah saw yang bermaksud "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya". Bertepatan dengan hadis diatas, syarikat merangka program membolehkan rakyat muslim Malaysia memperolehi pahala sedekah berkekalan dengan hanya membeli sebotol produk Nur Dhuha.
Nur Dhuha liquid detergent adalah produk terlaris bagi syarikat kami. Ianya berkualiti premium dan kualitinya lebih baik dari produk berjenama popular seperti Dynamo dan Breeze. Antara kelebihan yang diakui oleh pengguna adalah hasil cucian yang bersih, tidak berbau busuk jika direndam lama, kurang berkedut dan senang digosok dan ditambah dengan anti-karat untuk melindungi mesin basuh anda.
Kini produk ini hanya boleh didapati di Selangor dan Kelantan sahaja. Bagi membantu rakyat muslim seluruh Malaysia mendapatkan produk keluaran 100% muslim yang halal dan bersih, syarikat telah melancarkan program ini "Program Beli sambil Bersedekah Jariah". Dengan hanya RM20.00, anda akan memperolehi sebotol liquid detergent (termasuk kos penghantaran) dan anda juga secara tidak langsung membuat sedekah jariah bagi membantu membina sebuah surau dan sebuah sekolah agama yang terletak di Semenyih. Syarikat berusaha untuk membuat kutipan sebanyak RM100,000 bagi melancarkan pembinaan surau dan sekolah tersebut.
Rakyat muslim seluruh Malaysia, bersegeralah dalam membuat amalan kebaikan. Ikuti langkah-langkah berikut.
1. Depositkan RM20.00 ke akuan BANK ISLAM a/c No: 12195010000058 diatas nama Tetuan KDJ Nur Dhuha Enterprise.
2. Butiran slip deposit seperti tarikh dan masa, sila email ke nurdhuhakdj@gmail.com atau sms ke 013-2385008 sebagai bukti. Sertakan nama dan alamat untuk penghantaran.
3. Insya Allah, segala perkembangan tentang progam ini akan kemaskini dalam blog syarikat kami www.kdjnurdhuha.blogspot.com
"Hidupkan Amalan Sedekah Jariah dalam Diri Anda dan Jauhilah Sifat Bakhil".
Kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini iaitu:
1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2. Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya.
3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.
6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan semua yang dimilikinya

No comments:

Post a Comment